MasKahwin.NET

Mas Kahwin Yang Tak Hilang

  • Assalammualaikum & Salam Sejahtera Kepada Bakal Pengantin. Ya, sangat kemungkinan besar anda adalah calon-calon anak muda yang tersemat di hatinya ingin mendirikan rumah tangga melalui majlis perkahwinan yang menjadi idaman. Buah hati pun dah ada, niat nak kahwin pun dah ada, kerja pun dah ada, kan ? Tapi duit untuk kahwin tak cukup-cukup lagi ?

  • Memang benar, semua belenggu kos kehidupan seharian seperti hutang pendidikan, belanja rumah, duit makan minum, bayaran bulanan pada kereta, komitmen pada keluarga sendiri, menyebabkan impian perkahwinan anda ditunda-tunda sehinggalah ia masih menghantui diri anda, dan akibatnya anda masih lagi sukar mengumpul duit kahwin.

  • Sebagai anak muda yang boleh dikatakan semakin meninggalkan usia muda, perasaan cemburu pasti hadir melihat ramai kawan-kawan sekolah sudah ramai yang kahwin, bahkan ada di antara mereka sudah pun menimang cahaya mata yang comel-comel, penuh bangga bersiar-siar di taman bunga, dan menjadi kerisauan anda ialah, setiap kali kalau bertembung dengan sanak saudara atau kawan lama, soalan paling rimas ialah, “Bila nak kahwin ?”